ASTAXANTHIN

Penemuan Terhebat Biosaintis Abad Ke-21
ASTAXANTHIN Molekul Ajaib Untuk Kesihatan & Kecantikan


APA ITU ASTAXANTHIN ?

Astaxanthin dihasilkan dari microalga Haematococcus Pluvialis. Astaxanthin 550 kali Iebih baik berbanding vitamin E untuk menghapuskan radikal bebas dalam sel-sel. Astaxanthin juga dapat mengelakkan kerosakan DNA, melambatkan kesan penuaan, anti kanser, anti diabetik dan banyak lagi kebaikan-kebaikan yang sedang dikaji oleh bio-saintis seluruh dunia.



KUASA ASTAXANTHIN

Karotenoid ialah salah satu pigmen yang dihasilkan oleh keadaan semulajadi dunia. Ia adalah pigmen lipid-larut yang dihasilkan daripada warna kuning, oren dan merah seperti warna oren lobak merah, warna merah tomato dan jagung yang berwarna kuning. Kebanyakan karetenoid terkumpul di dalam daun tumbuhan, plankton dan alga.

Setakat ni terdapat lebih kurang 650 jenis karotenoid semulajadi yang telah dikenalpasti. Ia boleh dibahagikan secara umumnya kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan karotenoid dan kumpulan xanthophylls. Beta karoten adalah 'wakil' kumpulan karoten yang memberi faedah kepada kesihatan.

Pada tahun 1930, beta-karoten dikenalpasti berupaya bertindak sebagai provitamin A (proses menukar sebahagian beta-karoten kepada vitamin A di dalam badan manusia). Beta-karoten telah disahkan sebagai anti oksida yang kuat pada tahun 1980.

Dalam karotenoid jenis xanthophylls pula, astaxanthin adalah yang paling baik dan berkesan. Sumber terbaik astaxanthin adalah daripada microalga Haematococcus Pluvialis. Menyedari kehebatannya, formula Dr. Azimuth menggunakan astaxanthin dari sumber ini. Ianya halal, bersih dan diproses secara saintifik, di bawah jenama Dr. Azimuth "Astaxa Bioessence".



Astaxanthin yang Hebat

Astaxanthin berkesan menentang radikat bebas oksigen singlet dan Iipoperaoxide dalam sel badan manusia.

Astaxanthin kini diketahui mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menghalang tindakbalas radikal bebas oksidasi oksigen singlet yang amat bertoksid kepada sel manusia. Penggunaan astaxanthin boleh menghalang penghasilan Iipoperaoxide yang boleh memudaratkan tisu badan.

Astaxanthin mempunyai kesan anti oksida yang paling hebat jika dibandingkan dengan vitamin E atau kumpulan beta karoten yang lain . Astaxanthin menunjukkan kesan aktiviti anti oksida yang amat tinggi iaitu mencapai 1000 kali lebih tinggi daripada Vitamin E (a-tocopherol) dalam menentang tindakbalas lipid peroxidation (pengeluaran lipoperoxide) di sel mitochondria hati yang disebabkan oleh iron bivalen.

Astaxanthin juga didapati mempunyai kekuatan lebih 100 kali ganda daripada Vitamin E dan sepuluh kali ganda lebih daripada beta-karoten dalam menentang oksidasi oksigen singlet radikal bebas.Oleh yang demikian bolehlah dibuat kesimpulan bahawa astaxanthin adalah anti oksida yang kuat.




FAEDAH ASTAXANTHIN ::

Apabila astaxanthin dimakan, kita akan memperoleh kesan tindakan vitamin A serentak dengan kesan anti oksida seperti :-

- Mengekalkan kenormalan fungsi mata, menghalang rabun malam, mata Ietih dan lain-lain
- Memperkuat membran mucus, berkesan menghalang penyakit berjangkit
- Menghalang kulit kering, kedut dan kendur dan anti penuaan (anti ageing)
- Memastikan pertumbuhan gigi yang sempurna dan mengekalkan fungsi reproduktif dan lain-lain

Walaupun aktiviti provitamin A yang terdapat pada astaxanthin kurang jika dibandingkan dengan Vitamin A atau beta-karoten, faedah yang terdapat di dalam vitamin A tetap diperolehi dengan selamat tanpa perlu risau kesan negatif disebabkan pengambilan vitamin A yang berlebihan seperti pening kepala, masalah hati, masalah kulit dan sebagainya.



Menghalang Kanser dan Metastasis Dengan Berkesan

Astaxanthin jauh lebih berkesan daripada beta-karoten dalam menghalang kanser dan metastasis.

Penginjesan astaxanthin amat berguna dalam menentang kanser. Kajian yang dijalankan oleh Yishifumi Tomita, pembantu professor di Fakulti Pertanian di Universiti Miyazaki telah mengesahkan perkara ini. Kajian ini mendapati keupayaan astaxanthin menyekat perkembangan sel kanser lebih baik daripada beta karoten.



Menghalang Metastasis barah yang disebabkan tekanan (stress)

Kebelakangan ini, tekanan (stress) telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada faktor risiko kanser. Hal ini disebabkan tekanan menghasilkan jumlah oksigen aktif yang tinggi di dalam tubuh badan. Ia juga menggalakkan penghasilan, pembiakkan dan metastasis kanser. Kajian mendapati astaxanthin berupaya mengawal proses ini.



Astaxanthin menentang beberapa jenis kanser dengan berkesan

Selain daripada penemuan yang telah dinyatakan di atas, penyelidikan yang dijalankan oleh Profesor Hoyoku Nishino dari Universiti Perubatan Prefectural mengesahkan bahawa astaxanthin juga berkesan dalam menentang penularan kanser paru-paru, kulit dan neuroblastoma.

Kajian ini juga mendapati risiko kanser kolon juga dapat dikurangkan sehingga separuh dengan pengambilan astaxanthin selama lapan bulan secara berterusan. Selain daripada itu astaxanthin juga didapati berkesan menentang kanser jenis lain seperti kanser mulut, hati dan payu dara.



Menentang Penyakit Diabetes

Kesan penyakit diabetes amat menakutkan. Apabila insulin iaitu sejenis hormon yang dirembeskan oleh pankreas tidak lagi berupaya menjalankan tugasnya dengan berkesan, tubuh badan manusia tidak akan mampu menggunakan sepenuhnya gula yang diambil melalui pemakanan. Hal ini akan menyebabkan kandungan gula berkumpul di dalam darah dan akhirnya menyebabkan diabetes. Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah meningkat dengan kroniknya dan kemudian gula mula dikeluarkan daripada tubuh melalui air kencing iaitu kencing manis.



Astaxanthin dapat mengawal diabetis dengan berkesan seperti:

a) Kandungan gula dalam darah telah dapat dikawal dan diseimbangkan ke paras normal
b) Aktiviti enzim anti oksida dapat mengurangkan tekanan terhadap hati
c) Kuantiti lipopreroxide dapat dikurangkan (proses lipoperoxide berkurang)
d) Pengurangan kolesterol dan triglyserid di dalam darah (kurang merosakkan peredaran darah)
e) Katarak mata disebabkan kencing manis dapat dihalang dengan ketara.

Astaxanthin yang digabungkan dengan terapi diet mungkin berupaya menentang perkembangan diabetes dengan lebih berkesan.



Astaxanthin Menjadikan Kulit Cantik Tanpa Kedut dan Tompok Hitam

Radikal bebas oksigen aktif boleh mendatangkan mudarat kepada kulit. Pendedahan kepada cahaya matahari yang keterlaluan menyebabkan kulit berkedut dan bertompok-tompok hitam.

Ini disebabkan cahaya ultra ungu yang terdapat di dalam cahaya matahari menghasilkan jumlah radikal bebas yang banyak pada kulit dan boleh menyebabkan keradangan, kerosakan pada protein yang menyokong kepejalan kulit dan mempercepatkan pengeluaran pigmen melanin yang menyebabkan kulit menjadi bertompok hitam.

Peningkatan umur juga adalah faktor utama menyebabkan kulit berkedut dan bertompok-tompok.

Adalah dipercayai bahawa astaxanthin yang dimakan setiap hari akan membolehkan tubuh badan menyingkirkan radikal bebas (oksigen singlet) yang dihasilkan oleh cahaya ultra ungu. Selain daripada itu aktiviti provitamin A astaxanthin juga dipercayai dapat melawan kedutan dan kulit mengendur dengan berkesan.

Kesan kulit yang cantik ini juga boleh diperolehi jika astaxanthin disapukan pada bahagian luar kulit. Pengumpulan pigmen yang boleh menyebabkan tompokan hitam pada muka telah terhalang apabila kulit disapukan dengan astaxanthin.



Dr. Azimuth dengan kerjasama Biosaintis Jepun telah merumus formulasi produk-produk kesihatan dan kecantikan yang mengandungi astaxanthin. Ini termasuklah produk untuk kosmetik, penjagaan kesihatan dan lain-lain.

Perlindungan daripada cahaya matahari yang optimum dapat dicapai apabila produk pelindung matahari yang disapukan pada bahagian kulit digabungkan dengan pengambilan astaxanthin.

Astaxa Bioessence Dr. Azimuth dihasilkan dari microalga Haematococcus Pluvialis di Hawaii. Ia menggunakan sistem bioreactor tertutup. Sistem ini berkesan merangsang keadaan yang optimum untuk penghasilan astaxanthin yang halal, berkualiti tinggi dan meminimumkan risiko daripada dicemari.



Potensi dan kelebihan Astaxanthin:-

a. 550 kali lebih kuat berbanding Vitamin E
b. 40 kali Iebih kuat daripada Beta-Karoten
c. 17 kali Iebih baik daripada ekstrak biji anggur
d. Mempunyai aktiviti antiperoxidative membran yang kuat
e. Mengelakkan kerosakan DNA
t. Mengurangkan kesan penuaan
g. Menghindar dari penyakit kronik seperfi kanser, diabetes, sakit jantung dan lain-lain

Dr. Azimuth telah menambah nilai astaxanthin dengan produk-produk jenama Astaxa Bioessence seperti makanan nutritif, kosmetik, minuman tenaga dan banyak lagi produk-produk berasaskan Astaxa Bioessence.

Cubalah produk-produk Dr. Azimuth yang berasaskan kajian saintifik dan lnsya-AIlah anda pasti berpuas hati.



GAMAT DAN ASTAXANTHIN

Kajian Dr. Azimuth menunjukkan bahawa produk-produk gamat yang diperkukuhkan dengan astaxanthin adalah sangat berkesan dan baik untuk kesihatan. Ini disebabkan oleh fakta sinergi di antara gamat dan microalga Haematococcus Pluvialis yang keduanya berasal dari air.

Gamat yang dikenali juga sebagai timun laut adalah sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang). Gamat tempatan jenis Golden Sea Cucumbers spesis Stichopus horrens banyak digunakan dalam rawatan tradisional. Kuasa penyembuhan gamat telah digunakan oleh nenek moyang kita untuk penyembuhan luka luaran dan dalaman, mengurangkan sakit sendi dan otot, memulihkan sistem penghadaman, mengatasi buasir, meningkatkan tenaga batin, awet muda dan lain-lain kegunaan.

Kajian Dr. Azimuth menunjukkan produk-produk gamat yang dicampur dengan astaxanthin, chlorella, spirulina dan vitamin boleh menjadi makanan semulajadi untuk meningkatkan kesihatan. Campuran bahan-bahan ini yang diketahui umum mempunyai banyak khasiat selain daripada faedah-faedah yang telah disebutkan di atas, ia juga dapal meningkatkan sistem imun, memperbaiki sistem pernafasan, sistem kardiovaskular / jantung, mengatasi keadaan lemah dan lesu dan banyak lagi khasiat-khasiat yang dapat kita manfaatkan.

OIeh kerana itu, Dr. Azimuth telah mengeluarkan beberapa makanan semulajadi berasaskan gamat, astaxanthin, chlorella dan spirulina. Produk ni di bawah jenama GamatMaxx - Liquid Natural Food. Ia makanan semulajadi yang sesuai untuk semua golongan samada kanak-kanak, orang dewasa atau orang tua.

Produk seperti ini mengandungi Iebih daripada 61 jenis nutrien yang berfungsi secara sinergi untuk meningkatkan kesihatan.


Produk :: GamatMaxx (Minuman kesihatan berasaskan gamat dan astaxanthin)



KESIMPULAN

Daripada kajian Dr. Azimuth mendapati produk pemakanan gandingan gamat, chlorella, astaxanthin dan spirulina amat baik untuk meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan menjauhi penyakit-penyakit kronik. Anda disarankan mencuba GamatMaxx dan Insya-AIIah anda akan dapat merasai kebaikannya.

Rangkaian produk Dr. Azimuth berasaskan gamat dan astaxanthin akan dilancarkan berperingkat-peringkat. Produk-produk ini merangkumi Gamat Bioskin, Gamat JointMaxx, Gamat BioHeat dan 10 lagi jenis produk untuk mengoptimakan khasiat dan kebaikan gamat dan astaxanthin.

AIR KOSONG

Apakah sumber kecantikan yang paling efektif di dunia? Jawapannya adalah segelas air kosong yang anda minum setiap hari. Air kosong dapat membantu anda mendapatkan tubuh yang kekal langsing, kulit yang cerah, serta bebas dari jerawat. Tetapi sayangnya, tidak ramai yang mempraktikkan amalan meminum air kosong ini terutamanya mereka yang sudah biasa minum minuman bergas dan minuman bergula. 8 gelas air kosong sehari boleh mengembalikan kesegaran tubuh. Jadi, jika anda inginkan wajah yang berseri dan badan langsing, air kosong harus dimasukkan dalam ‘menu wajib’ anda. 



Anda boleh mempelbagaikan cara pengambilan seperti berikut :

  1. Ketika bangun pagi, campurkan air kosong panas dengan perahan limau nipis atau lemon. Minum dan anda akan merasakan kesegarannya.
  2. Pesanlah air mineral ketika anda makan di gerai atau restoran. Hindari soda atau air berkarbonat yang boleh menggemukkan.
  3. Untuk kesegaran, tambahkan daun pudina, hirisan buah limau atau halia pada air kosong anda. Rasanya juga pasti berbeza.
  4. Ketika cuaca sejuk, air kosong panas yang dicampurkan dengan madu dan lemon sudah cukup untuk memanaskan badan anda.


Kenapa Anda Perlu Minum Air?

Kita semua memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air bagi memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 55 hingga 75 peratus tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup hingga 70 hari tanpa makanan tetapi hanya bertahan hingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kehidupan.

Air juga penting sebagai ajen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh, membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan keadaan stabil.

Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum lapan gelas air dalam sehari. Yang baik adalah air suam, iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah dua gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, dua gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, dua belas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan dua gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian.



Air adalah keperluan kedua setelah udara bagi TUBUH anda!

Tubuh kita terdiri daripada 75% air dan 25% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air sehari digunakan. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.



Berapa banyak yang seharusnya kita minum?

Dua liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan lapan gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi (panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih dari lapan gelas air sehari.



Air dalam makanan kita

Kebanyakkan makanan yang kita ambil mempunyai ‘kandungan air yang rendah’ atau ia hilang ketika proses memasak. Jesteru, dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar (yang memiliki kandungan air yang tinggi) maka anda akan memperolehi sehingga lebih daripada satu liter air. Air yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran juga mempunyai pelbagai mikronutrisi yang mudah diserap oleh tubuh kita.



Melancarkan sistem penghadaman

Air membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Malah zat-zat makanan yang larut dalam air dapat diserapkan oleh air. Malah air memudahkan proses perkumuhan. Kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit. Air dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan melawaskan proses pembuangan.



Membantu menurunkan berat badan

Air juga dapat bertindak sebagai penahan nafsu makan secara semulajadi. Cukup dengan mengambil segelas air setiap kali anda berasa lapar. Kekurangan air menyebabkan anda makan secara berlebihan. Ini disebabkan mekanisme nafsu makan semakin meningkat ketika anda benar-benar kekurangan air.

Semakin sedikit kuantiti air yang diminum, semakin banyak tubuh kita mencuba menyimpannya untuk penggunaan nanti. Hasil dari penahanan air tersebut menyebabkan penambahan terhadap ukuran pinggang.



Bebas dari penyakit batu karang

Batu karang terjadi ketika sisa bahan yang tidak terpakai atau komponen lain yang melalui buah pinggang bergabung dengan komponen sampah yang lain. Maka terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu jika kekurangan air. Jika kita banyak minum air, kerikil tersebut akan disingkirkan oleh air.

BUAH LYCIUM (GOJI)

BUAH LYCIUM (GOJI)

Oleh Subhuti Dharmananda, Ph.D., Director, Institute for Traditional Medicine, Portland , Oregon



Buah Lycium (Goji) merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa di dapati di Asia Timur. Kulit akar tumbuhan-tumbuhan tersebut juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang memberikan kita buah-buahan seperti lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain lagi. Buah ini dikenali oleh masyarakat Cina sebagai Goji, dan telah pun digunakan sejak zaman purba lagi, direkodkan seawal keujudan Chinese material medica dalam lingkungan 100A.D.



KEGUNAAN TRADISIONAL DAN MODEN

Secara tradisionalnya, buah lycium digambarkan sebagai mempunyai khasiat untuk menyuburkan darah,buah pinggang dan hati, memperkayakan yin dan melembabkan paru-paru. Ianya digunakan untuk merawat penyakit seperti batuk kering di samping dahaga ( termasuklah di peringkat awal diabetes dan tuberkulosi), pening, penglihatan yang kabur, ketajaman penglihatan yang berkurang dan batuk yang kronik. Beberapa ujikaji klinikal moden bagi rawatan kekurangan tulang sum-sum (penghasilan sel-sel darah merah, platelet atau sel-sel darah putih yang rendah) melibatkan buah lycium dalam preskripsi yang komplek untuk mengurangkan masalah penyakit..

Apabila merebus ( menyediakan teh dengan mendidihkan herba dalam air), dos 6-18gm buah lycium digunakan untuk sehari, selalunya dicampurkan dengan herba-herba yang lain, untuk masa 1 hingga 3 bulan sebagai terapi kursus tipikal (lycium juga digunakan dalam formula anti-penuaan, dimakan sejak bertahun-tahun). Dalam perubatan gastritis atropik ( penghadaman yang lemah disebabkan oleh pengurangan aktiviti sel-sel perut), pesakit-pesakit diberi makan buah lycium sebanyak 10gm setiap kali, dua kali sehari sebelum hidangan ( untuk tempoh 2 bulan). Dalam rawatan diabetes, buah lycium yang distim, dimakan dalam dos 10gm setiap kali, 3 kali sehari ( stim melembutkan buah). Dengan itu, dos di antara 10-30gm setiap hari merupakan aplikasi perubatan tipikal di China .



KONSTITUEN DAN PHARMAKOLOGI

Buah lycium mengandungi beta-karoten, Vitamin C, Vitamin B1, dan B2, beta-sitosterol ( agen anti-radang) linoleic asid ( asid lemak), immunologikal polisakarida yang aktif (5-8%), sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone), tetraterpenoids (zeaxanthin, physalin) dan betaine (0.1%).

Penyelidikan pharmakologikal Cina, yang dikendalikan empat puluh tahun yang lalu, mendedahkan ekstrak buah lycium yang diberikan kepada tikus boleh meningkatkan imuniti tidak-spesifik, menggalakkan pengeluaran sel-sel darah merah, meningkatkan pengeluaran interleukin-2 (IL-2), dan mencegah kekurangan sel-sel darah putih akibat memakan ubat kanser. Komponen aktif yang utama ialah polisakarida, betaine dan physalin.

Dalam mengimbas kembali penyelidikan ke atas lycium yang disiarkan dalam Recent Advances in Chinese Herbal Drugs, Dr Zhou Jinhuang menyatakan polisakarida daripada buah lycium, seperti juga daripada astragalus dan ganoderma, dapat meningkatkan sel-pengantara dan tindakbalas humoral imun. Dengan hanya dos 5-10mg/kg setiap hari selama seminggu, polisakarida buah lycium boleh meningkatkan aktiviti sel-sel T, sel-sel citotoxik T dan sel-sel pembunuh semulajadi dalam haiwan-haiwan ujian makmal. Jumlah polisakarida dalam buah lycium daripada jenis lembut yang boleh dimakan mungkin tidak melebihi 5%, dengan itu jumlah ini sepadan dengan dos manusia lebih kurang 7-14gm bagi sebiji buah. Dalam kajian lycium yang dilaporkan dalam jurnal Beijing Medical University (1992), ianya dinyatakan bahawa buah lycium mengurangkan antibodi-antibodi yang berkaitan dengan tindakbalas jenis-alergi, yang dianggapkan tercapai menerusi mekanisma meningkatkan sel-sel CD8 T dan mengawal cytokines. Barangkali hasil daripada aktiviti ini, buah lycium telah dilaporkan berguna untuk rawatan psoriasis.

Beberapa tumbuhan polisakarida telah menunjukkan peningkatan pengeluaran IL-2; kesan peningkatan polisakarida lycium ke atas aktiviti IL-2 telah dilaporkan oleh Institut Pharmakologi dan Toxicologi Beijing (1989). Di Amerika Syarikat, IL-2, telah dikaji sebagai faktor meningkatkan imunisasi sejak tahun1983, berguna untuk kanser dan beberapa jangkitan HIV.

Betaine, apabila dicampurkan kepada makanan ayam, meningkatkan pembesaran haiwan dan pengeluaran telur, dan sekarang ini digunakan di ladang ternakan ayam dan itik disebab oleh kesan-kesan tersebut. Buah lycium yang diberi kepada tikus telah merendahkan kolestrol darah dan gula darah mereka; diberi kepda arnab, ianya menghalang pembentukan artherosklerosis. Betaine juga menunjukkan perlindungan kepada hati-hati haiwan-haiwan ujian makmal daripada kesan toksin kimia; lain-lain kajian pharmakologik telah menunjukkan ia adalah antikonvulsi (anti-kejang), sedatif dan vasodilator.

Dalam tahun 1974, dilaporkan Betaine boleh merawat pelbagai penyakit hati yang kronik; buah lycium sering kali diberikan bersama dengan satu lagi buah herba Cina, schizandra, untuk tujuan tersebut. Tahun-tahun kebelakangan ini, betaine telah dimasukkan dalam beberapa produk nutritional tambahan Barat, terutamanya kepada mereka yang ingin membina otot. Betaine sejenis alkaloid, kadang kala dikelaskan sebagai amino asid, yang juga ditemui dalam capsicum, silibum (sumber daripada silimarin flavonoid pelindung-hati) dan beets ( Beta vulgaris, di mana betaine mendapat namanya) Betaine digunakan oleh hati untuk menghasilkan choline, satu sebatian untuk menenangkan ketakutan, meningkatkan memori dan melindungi penyakit hati berlemak. Dalam tumbuhan bit, iaitu sumber komersil daripada sebatian terasing, kandungan betainenya adalah pada paras 0.3 - 0.7%.

Satu lagi tumbuhan dalam famili Solanaceae, iaitu Physalis angulata, mengandungi physalin ( salah satu daripada bahan lycium) sebagai komponen aktif yang utama. Herba tersebut digunakan sebagai rawatan untuk Hepatitis B. Ekstrak physalin telah menunjukkan peningkatan aktiviti sel pembunuh semulajadi di organ limpa tikus yang bersaiz normal atau berpenyakit kanser, menunjukkan ianya mempunyai kesan anti-kanser berbagai jenis.

Buah lycium telah diberi untuk merawat masalah mati pucuk. Telah dilaporkan pemgambilan terus buah lycium dan pengambilan dalam bentuk ekstrak, menunjukkan peningkatan nyata paras androgen dalam darah, menjadikan pesakit-pesakit berasa lebih bertenaga. Rupa-rupanya sitosterol atau terpenoids yang bertanggungjawab untuk kesan ini. Dos harian buah lycium yang diperlukan untuk memperolehi kesan lebih kurang 10gm/sehari.

Seperti juga memakan buah-buah yang lain, lycium tidak bertoksik. Kajian toksik menunjukkan suntikan 2.4gm/kg ekstrak buah lycium tidak menyebabkan tindak balas berbalik, tetapi dos sebanyak 25g/kg, tindak balas toksiknya cepat. LD50 telah ditentukan pada dos lebih kurang 8.3gm/kg ( kira-kira 1 paun buah kering, diekstrak dan disuntik untuk seorang)



LYCIUM SEBAGAI SUMBER PENINGKAT-IMUN POLISAKARIDA

Dalam mengimbas kembali peningkat-imun polisakarida (ITM, 1993), dicadangkan dos harian polisakarida aktif lebih kurang 3.5gm sehari sudah memadai sebagai dos minima untuk mencapai kesan yang cukup baik dalam menghalang kanser atau infeksi viral kronik. Paras dos yang sama, iaitu 3.0gm/sehari, telah ditentukan baru-baru ini di Institut Kanser Sloan-Kettering (komunikasi peribadi). Untuk memperolehi jumlah ini dengan semata-mata memakan buah lycium ( dianggarkan 5% polisakarida) mungkin sukar: dos harian sepatutnya 60-70 gram. Walau bagaimana pun, sekiranya buah lycium dimakan bersama-sama dengan polisakarida tambahan yang lain, ianya cukup untuk menyumbang kepada jumlah dos harian yang diingini. Rasa buah lycium yang sedap dan boleh dimakan terus - dimasak bersama makanan, juga dalam arak berherba, dan dalam bentuk tablet- menjadikan ia sumber yang ideal. Ianya juga tidak mahal. Dos 30-35g buah mentah sehari kosnya hanya 1 US dollar. Pengalaman lebih daripada 300 pesakit di Immune Enhancement Project di Portland yang mengamalkan buah lycium menunjukkan tindak balas berbalik tidak terjadi dengan dos yang dicadangkan di atas, mengesahkan laporan dari China.

MISAI KUCING

Khasiat bunga pokok misai kucing

Kalau dilihat dari peribahasa ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh generasi lama, memang menakjubkan. Bukan sahaja tepat pada sasarannya bahkan penggunaan perkataannya cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain.

Keindahan ini turut mempengaruhi panggilan mereka kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling kita.

Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada juga nama panggilan sesaorang agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuk dan habitat flora tersebut.

Antaranya ialah pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.

Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.

Walau bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar ’sembang-sembang di kedai kopi’.

Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.

“Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan,” katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.

Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.

Tambahnya lagi, tumpuan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.

“Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,” ujarnya lagi.

Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.

“Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis,” jelasnya.

Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.

“Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisan tersebut diambil dengan cara diprah atau tapis kemudian dicampukan dengan setengah air panas.

Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” ujarnya.



Misai Kucing - Orthosiphon Stamineus

Misai Kucing adalah herba renek yang tumbuh cepat dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5m. Daunnya tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan di tepinya berjeriji. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batangnya bersegi empat, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Nama Misai Kucing diberi sempena ciri bunganya yang unik, mempunyai filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Di Malaysia, dua varieti telah dikenal pasti berdasarkan warna bunga iaitu bunga putih dan bunga ungu. Varieti bunga putih dikenali sebagai MOS1 dan varieti bunga ungu dikenali sebagai MOS2. Terdapat perbezaan dari segi pertumbuhan antara dua varieti ini.

Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.



Khasiat dan Kegunaan Misai kucing

Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.



Misai kucing ( Orthosiphon stamineus )



Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.

Amalan Minum Air Panas

AMALAN MINUM AIR PANAS

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.


:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.



Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.



Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.



Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain, katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )